Selangor Perlu Fokus Bertemu Pilihan Singapura Minggu Depan - Sukan | mStar

Selangor Perlu Fokus Bertemu Pilihan Singapura Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Pasukan Gergasi Merah diharapkan dapat memberi fokus terbaik bagi mempertahankan Piala Sultan Selangor ketika melayan pilihan Singapura pada 28 September ini, di Stadium Shah Alam.

Pemain tengah Selangor Mohd Amri Yahyah berkata walaupun anggota pasukan itu masih kecewa kerana gagal menempah slot beraksi di suku akhir Piala Malaysia bagi menjulang piala itu untuk kali ke-33, mereka akan bangkit bagi mempertahankan maruah pasukan.

Keputusan seri 1-1 yang dicatatkan pasukan Selangor ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan kelima kumpulan A, Selasa lepas menyaksikan mereka tersingkir dari Piala Malaysia selepas sekadar mengutip tiga mata.

Mohd Amri, bekas kapten Selangor berkata, beliau yakin dengan kemasukan beberapa pemain baharu ke dalam skuad pilihan Selangor musim depan kerana ia dijangka mampu memperkuatkan pasukan itu untuk meraih kejayaan dalam Liga Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran kad VIP edisi terhad Watsons Piala Malaysia 2013 yang dilancar Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, Khamis.

Beliau turut menolak isu perletakan jawatan secara mengejut bekas pengendali pasukan, Irfan Bakti Abu Salim pada 28 Ogos lepas sebagai punca kemerosotan pasukan Selangor dalam pertandingan merebut Piala Malaysia, musim ini.

"Sukar untuk saya jelaskan kerana saya hanya menyertai pasukan Selangor seminggu sebelum bermulanya Piala Malaysia disebabkan saya mempunyai tugasan bersama pasukan kebangsaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Rozaimi Akui Banyak Perkara Perlu Diperbaiki

Artikel Berikut

Siaran Langsung Piala Sultan Selangor Di TV3

Artikel Berkaitan

Artikel Lain