suria

LTdL 2013: Barisan Pelumba Negara Janji Persembahan Mantap

Barisan pasukan kebangsaan Malaysia edisi ke-18 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan berlangsung pada 21 Februari hingga 2 Mac 2013 ini telah diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed pada sidang akhbar di Ibu pejabat LTdL, Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Isnin. Mereka ialah (dari kiri), Mohd Nor Rizuan Zainal, 27, Amir Mustafa Rusli, 26, Ahmad Fakhrullah Alias, 23, Mohd Fauzan Ahmad Lufti, 27, Muhamad Rauf Nur Misbah, 26 dan Mohd Ekbar Zaman Huri, 21.- foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dengan berbekal kuartet berpengalaman dan dua pelumba muda berbakat, barisan pasukan Malaysia yang akan tampil pada edisi ke-18 Le Tour deLangkawi (LTdL) pada 21 Februari hingga 2 Mac ini di harap mampu memberi saingan yang terbaik.

Dibimbing jurulatih Aminudin Sulaiman sejak 1 Oktober lalu,pasukan ini menunjukkan peningkatan ketara dalam perlumbaan dalam dan luar negara pada persiapan mereka untuk menghadapi jelajah terbesar Asia yang akan disingkap tirainya di tempat kelahiran penuh legenda Pulau Langkawi.

Aminudin menamakan pelumba berpengalaman Amir MustafaRusli, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, Mohd Nor Rizuan Zainal danMuhamad Rauf Nur Misbah untuk mengetuai cabaran pasukan kebangsaan dengan dua pelumba muda, Ahmad Fakhrullah Aliasdan Mohd Ekbar Zaman Huri memperkuatkan cabaran.

Amir, 24, yang mewakili pasukan profesional dari Australia, Drapac Cycling sejak tiga musim lalu dan akan tampil buat kali keempat dalam LTdL, kali ini bergandingan dengan rakan dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Fauzan, 26, yang kembali beraksi selepas tiga tahun.

Mohd Nor Ridzuan, 26, dari Angkatan Tentera Malaysia (TLDM)akan muncul untuk kali kelima dalam perlumbaan ini, begitu juga Mohd Rauf. Ahmad Fakhrullah, 23, membuat kemunculan kali kedua manakala Mohd Ekbar, 21, dari Negeri Sembilan tampil buat kali pertama.

Senarai barisan pelumba diumumkan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Haji Abu Samah Wahab, yang melahirkan rasa yakinnya terhadap kemampuan pelumba untuk mempamerkan persembahan lebih baik tahun ini.

"Kami yakin pasukan ini mampu memberi fokus terhadap matlamat mereka dan berharap akan menghasilkan keputusan lebih baik,walaupun edisi kali ini dibarisi banyak pasukan dan pelumba handalan dunia,” katanya.

LTdL 2013, yang membawa slogan "The Heat is On" akan bermula secara rasmi di Kangar pada 21Februari, melibatkan 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1469.7kilometer.

Jelajah ini dinaungi Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)sebagai perlumbaan berstatus 2.HC (kategori hors) dalam kalendar UCI Asia Tour, dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Persekutua nKebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).

Barisan pelumba kebangsaan Malaysia:

Amir Mustafa Rusli, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, , Mohd Nor Rizuan Zainal, Muhamad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fakhrullah Alias dan Mohd Ekbar Zaman Huri.

Artikel Lain