suria

Terbuka Denmark: Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark di Odense awal pagi ini setelah mengalahkan pemain muda tuan rumah Viktor Axelsen 21-8, 21-18 dalam masa 28 minit.

Beliau selaku pilihan utama kejohanan seterusnya akan bertemu pemain Thailand, Boonsak Ponsana.

Pemain negara yang turut mara ke pusingan kedua ialah pemain perseorangan Liew Daren dan Tan Chun Seang.

Sementara pemain bagi negara lain yang turut ke pusingan kedua ialah Chen Long dari China, Simon Santoso dari Indonesia dan Sho Sasaki dari Jepun.

Namun kekecewaan bagi bintang tuan rumah, Peter Hoeg Gade yang kalah kepada pemain India, Sourabh Varma 18-21, 14-21.

Dalam perlawanan beregu pula, pasangan negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong mengalahkan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Lee Young Dae 8-21, 21-16, 21-19.

Mereka akan bertemu pasangan tuan rumah Joachim Fischer Nielsen/Jonas Rasmussen.

Sementara itu juara Olimpik dan pilihan kedua kejohanan, pasangan Cai Yun/Fu Haifeng menarik diri dari perlawanan pertama mereka menentang pasangan Korea Selatan, Baek Cheol Shin/Yeon Seong Yoo, selepas Cai Yun mengadu sakit bahu.

Keputusan yang melibatkan pemain Malaysia.

Perseorangan Lelaki

Tan Chun Seang (MAS) mn Tommy Sugiarto (INA) (walkover)

Liew Daren (MAS)mn Rajiv Ouseph (ENG) 21-17, 21-9

Simon Santoso (INA) mn Chong Wei Feng (MAS) 16-21, 21-17, 21-17

Lee Chong Wei (MAS) mn Viktor Axelsen (DEN) 21-8, 21-18

Beregu Lelaki

Jorrit De Ruiter/Dave Khodabux (NED) mn Gan Teik Chai/Ong Soon Hock (MAS)17-21, 21-12, 21- 14;

Hoon Thien How/Tan Wee Kiong (MAS) mn Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov (RUS) 22-20, 21-13

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) mn Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae (SOUTH KOREA) 8-21, 21-16, 21-19.

Beregu Wanita

Tian Qing/Zha Yunlei (CHN) mn Chin Eei Hui/Goh Liu Ying (MAS) 21-13, 21-11.

Artikel Sebelum

Artikel Lain