BERIKUT adalah keputusan final kejohanan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu:
Brazil 1 - 2 Mexico
Mexico meraih pingat emas bagi acara final bola sepak lelaki selepas menewaskan Brazil 2-1.
Gol Mexico dijaringkan Oribe Peralta seawal minit pertama. Dia kemudiannya melengkapkan gol kedua pada minit ke-75.
Brazil memperoleh gol tunggal menerusi Hulk pada minit ke-90.