suria

Suarez Salahkan Man United Kerana Hukuman Perkauman

Suarez (kanan) dikatakan cuba mengelak daripada berjabat tangan dengan Evra (tengah).
Suarez (kanan) dikatakan cuba mengelak daripada berjabat tangan dengan Evra (tengah).
Suarez (kanan) dikatakan cuba mengelak daripada berjabat tangan dengan Evra (tengah).

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez percaya bahawa hukuman gantung lapan perlawanan yang dikenakan ke atasnya musim lalu adalah disebabkan kuasa politik pasukan Manchester United.

Pemain antarabangsa Uruguay berusia 25 tahun itu digantung perlawanan dan denda £40,000 (RM197,662) Disember lalu selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsurkan perkauman ke atas pemain pertahanan Man United, Patrice Evra pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Semua orang di Liverpool percaya itu adalah cara Manchester United mengeluarkan saya daripada pasukan dan menghentikan semangat Liverpool.

"Di England, kuasa politik pasukan Man United sangat kuat dan kamu perlu menghormatinya serta menutup mulut sendiri," katanya kepada stesen televisyen Uruguay dalam rancangan RR.Gol.

Kontroversi semakin hangat apabila Suarez sekali lagi dilihat menolak untuk bersalaman dengan Evra ketika ketika aksi Februari lalu.

Suarez mendakwa, tindakannya itu telah di salah faham. Katanya: "Di England, ia menunjukkan saat ketika saya sudah melepasinya, tetapi mereka tidak melihat tangannya di bawah sebelum itu. Hanya media di Uruguay dan Sepanyol sahaja yang melihat saya ingin berjabat tangan dengannya.

"Sebelum itu, saya telah berjanji dengan isteri, pengurus dan pengarah yang saya akan bersalam dengan dengan Evra.

"Walaupun ada juga pasukan yang tidak bersalam sebelum perlawanan seperti pasukan QPR dan Chelsea (berikutan kes perkauman antara Anton Ferdinand-John Terry), tetapi saya memberitahu mereka, saya akan bersalam dengan dia.

"Kenapa tidak?', saya anggap saya tidak ada masalah dengannya. Saya telah menerima hukuman disebabkan dia, tetapi saya tiada masalah untuk berjabat tangan."

Sementara itu bercakap mengenai tempoh penggantungan yang agak lama bagi kesalahan pertama, Suarez berkata ia adalah satu saat yang sukar sepanjang kariernya.

"Sesi pendengaran disiplin sangat menyulitkan saya. Saya perlu menaiki teksi ke Manchester untuk sesi itu. Saya perlu bangun pukul 7 pagi dan balik lewat malam.

"Saya sangat letih. Saya mahu menangis dan menyepak semua benda di sekeliling saya. Apabila kembali ke rumah saya mahu melakukan perkara itu, tetapi tidak berbuat demikian kerana anak perempuan saya ada di rumah.

"Itu adalah hari yang teruk bagi saya, dan situasi semakin sukar selepas hukuman dijatuhkan," katanya.

Artikel Sebelum

Walcott Teruja Kembali Ke Asia

Artikel Lain