suria

AC Milan Benam Arsenal 4-0

Henry (kiri) bertukar jersi dengan Ibrahimovic selepas tamat perlawanan di Stadium San Siro, awal pagi Khamis.
Henry (kiri) bertukar jersi dengan Ibrahimovic selepas tamat perlawanan di Stadium San Siro, awal pagi Khamis.
Henry (kiri) bertukar jersi dengan Ibrahimovic selepas tamat perlawanan di Stadium San Siro, awal pagi Khamis.

MILAN: Kelab gergasi Itali, AC Milan menghampiri saingan ke suku akhir Juara-Juara Eropah apabila membenam kelab Inggeris, Arsenal 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua di San Siro, awal pagi Khamis.

Gol pertama disumbangkan oleh Kevin-Prince Boateng pada minit ke-15.

Penyerang Robinho menjaringkan dua gol pada minit ke-38 dan 49.

Zlatan Ibrahimovic menyempurnakan sepakan penalti untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya pasukan tuan rumah pada minit ke-79.

Kemenangan besar itu meniup peluang cerah kepada Milan yang akan berkunjung ke Stadium Emirates dalam tempoh tiga minggu lagi.

Pada kunjungan itu nanti, kehadiran Milan hanya sebagai memenuhi syarat pertandingan saja.

Malah, kehadiran Thierry Henry untuk aksi terakhirnya sebelum kembali ke New York Red Bulls gagal melonjak semangat anak buah Arsene Wenger.

“Kami seolah-olah tidak berada di padang. Aksi kami amat teruk sama ada di bahagian serangan atau pertahanan.

"Ia amat memalukan apabila kelemahan di mana-mana saja. Ia adalah persembahan terburuk kami di Eropah setakat ini," kata Wenger.

Senarai Pemain:

Milan: Abbiati; Mexes, Abate, Thiago Silva, Antonini; Van Bommel, Seedorf, Nocerino, Boateng; Ibrahimovic, Robinho. - pemain simpanan (Amelia, Pato, Nesta ,Ambrosini, Bonera, Emanuelson, El Shaarawy)

Arsenal: Szczesny; Sagna, Vermaelen, Koscielny, Gibbs; Rosicky, Arteta, Ramsey, Song Walcott, Van Persie. - pemain simpanan (Fabianski, Djourou, Benayoun, Coquelin, Henry, Oxlade-Chamberlain, Arshavin)

Gelanggang: Stadio Giuseppe Meazza

Pengadil: Viktor Kassai (Hungary)

Artikel Sebelum

Zulfahmi Duduki Tangga 10 Teratas

Artikel Lain