suria

Bekas Pemain Bola Sepak Selangor Meninggal Dunia

Razali Alias: Foto: Abdul Ghani Ismail/THE STAR
Razali Alias: Foto: Abdul Ghani Ismail/THE STAR
Razali Alias: Foto: Abdul Ghani Ismail/THE STAR

KUALA LUMPUR: Bekas pemain skuad bola sepak Selangor Razali Alias, meninggal dunia pada Jumaat di Hospital Selayang akibat hati gagal berfungsi.

Allahyarham berusia 51 tahun.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan pagi Sabtu di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.

Anaknya Mohd Raqib, 26, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.25 petang setelah seminggu lebih dimasukkan ke hospital.

"Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya.

Razali dikesan menghidap hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu penyakit itu kembali menyerang.

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.

Razali juga pernah menjadi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2009 dan menjadi penolong jurulatih Selangor FA untuk musim 2006-2007.-BERNAMA

Artikel Lain