suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Tumbang Di Gelanggang Sendiri

Hanley (kanan) melengkapkan gol ketiga Blackburn ketika menewaskan United di Old Trafford pada Sabtu.
Hanley (kanan) melengkapkan gol ketiga Blackburn ketika menewaskan United di Old Trafford pada Sabtu.
Hanley (kanan) melengkapkan gol ketiga Blackburn ketika menewaskan United di Old Trafford pada Sabtu.

PENGURUS Blackburn Rovers, Steve Kean meraikan kemenangan berharga selepas anak buahnya menewaskan Manchester United 3-2 di Old Trafford pada Sabtu.

Penyerang Blackburn, Yakubu Aiyegbeni membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi sepakan penalti sebelum meledak gol kedua pada minit ke-51.

Pasukan tuan rumah bangkit di babak kedua menerusi jaringan penyerang Dimitar Berbatov pada minit ke-52 dan 62.

Bagaimanapun, United gagal menyekat kemaraan Blackburn apabila pemain pertahanan, Grant Hanley melengkapkan gol kemenangan pasukan lawan pada minit ke-80.

Ia merupakan kemenangan ketiga Blackburn di gelanggang lawan pada musim ini.

Kemenangan itu sekaligus meranapkan impian United untuk menghadiahkan tiga mata penting kepada Pengurus Sir Alex Ferguson yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 pada Sabtu.

Artikel Berikut

Artikel Lain