suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadi Mahu Kembalikan Kepercayaan Penyokong Terengganu

KUALA TERENGGANU: Penyerang berbisa Terengganu, Abdul Hadi Yahaya berharap dapat mengembalikan kepercayaan penyokong pasukannya yang mahukan dia menjaringkan gol dan memberi kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini.

Pemain kelahiran Klang, Selangor ini berkata dia tidak mahu menghampakan penyokong Terengganu yang menaruh harapan tinggi terhadapnya dan berjanji akan memberikan persembahan paling cemerlang dalam perlawanan itu nanti.

Hadi berharap keajaiban akan berlaku memandangkan sepanjang kempen Piala Malaysia yang kini tiba ke kemuncak perlawanan, dia gagal menjaringkan sebarang gol.

Penjaring terbanyak Liga Super dan Piala FA itu mengakui sedikit tertekan kerana sehingga sekarang tidak mampu menyumbangkan gol untuk pasukan dan menunjukkan prestasi kurang tekun pada aksi menentang Selangor, Sabtu lepas.

"Saya memang tertekan ketika itu tetapi bukan kerana penyokong atau berdepan dengan Selangor, sebaliknya kerana gagal menjaringkan gol," katanya.

Pemain berusia 26 ini juga sudah mengukir sejarah peribadi apabila bakal beraksi buat pertama kalinya di pentas akhir Piala Malaysia dalam misi membawa pulang piala ke Terengganu.

Bapa kepada seorang cahaya mata ini berkata hanya persembahan terbaik bersama rakan-rakan sepasukan di Stadium Shah Alam nanti dapat menebus aksinya yang agak hambar sebelum ini.

"Saya akan turun berhabis-habisan Sabtu ini untuk membawa pulang Piala Malaysia ke Terengganu selepas 10 tahun penyokong menanti piala yang terkenal itu."

"Juga mahu menebus dan memperbaiki kelemahan yang ditunjukkan dalam perlawanan lalu dan inilah peluang terakhir untuk memperbaikinya sebelum kempen bola sepak melabuhkan tirai pada tahun ini," katanya.

Mengulas peluang Terengganu pada perlawanan akhir kali ini, Hadi berkata, Terengganu mempunyai peluang sama dengan Negeri Sembilan, namun dia dan rakan sepasukannya akan berhati-hati kerana pasukan itu dibarisi ramai pemain berpengalaman antaranya Hairuddin Omar serta Sukor Adan.

"Dua pemain itu cukup berpengalaman dan kami tidak boleh terleka kerana ia hanya akan mengundang padah seterusnya menyebabkan Terengganu kempunan merangkul juara," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Emir Kejar Mata Maksimum

Artikel Lain