suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

90 Pemain Sah Sertai Kejohanan Golf Red Tee Invitation

LANGKAWI: Seramai 90 pemain wanita dari Brunei, Singapura, Indonesia dan Malaysia menyertai kejohanan Kedah International Red Tee Golf Invitation 2011 selama tiga hari di Gunung Raya Golf Resort di sini mulai Jumaat.

Pengerusi kejohanan Datuk Mansor Ismail berkata kejohanan ilham Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun itu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan.

"Ia diadakan untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi sukan golf bertaraf antarabangsa dan menarik pelancong," katanya pada sidang media di sini Jumaat. Katanya kejohanan itu merupakan pertandingan yang melibatkan pemain wanita amatur.

Beberapa hadiah menarik termasuk pakej percutian di Malaysia disediakan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Emir Kejar Mata Maksimum

Artikel Lain