Spurs, Wolves Sekadar Seri 3-3 - Sukan | mStar

Spurs, Wolves Sekadar Seri 3-3

Doyle (kanan) menanduk masuk gol melepasi kawalan penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes ketika pertemuan di Molineux.
Doyle (kanan) menanduk masuk gol melepasi kawalan penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes ketika pertemuan di Molineux.

WOLVERHAMPTON: Pengurus Harry Redknapp berharap agar tonggak utama Tottenham Hotspur, Gareth Bale pulih sepenuhnya menjelang pertemuan timbal balik Liga Juara-Juara Eropah menentang AC Milan selepas pemain sayap Wales itu bergelut dengan kekejangan otot di pangkal paha ketika terikat 3-3 dengan Wolves.

Bale diturunkan dari bangku simpanan pada babak kedua di Molineux untuk penampilan pertamanya selepas direhatkan enam minggu kerana masalah belakang.

Namun, Redknapp mendedahkan Bale bergelut pula dengan kecederaan pangkal paha sejurus tamat perlawanan.

Pendahulu Serie A, AC Milan akan berkunjung ke White Hart Lane pada Rabu dalam usaha untuk mengurangkan defisit 0-1 pada pertemuan pertama.

Redknapp yakin, kehadiran Bale bersama rakan sepasukan mampu menyuntik peluang Spurs untuk mengisi kelompok lapan pasukan terakhir.

Bekas pemain Southampton itu tampil cemerlang bersama Spurs dalam dua pertemuan penting dengan Inter Milan pada saingan peringkat kumpulan dan Redknapp berharap Bale akan kembali memperkuat pasukan.

"Sebaik saja Bale kembali beraksi di padang, ia amat mengujakan. Kami terlepas khidmatnya selama lima atau enam minggu.

"Semoga dia cepat pulih untuk perlawanan menentang AC Milan. Dia hanya terjatuh dan berlaku sedikit kekejangan di pangkal pahanya," kata Redknapp.

Selepas menyaksikan anak buahnya terlepas peluang untuk mengambil alih tempat keempat yang dihuni Chelsea, Redknapp mengakui pemain pertahanan Spurs, Alan Hutton bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah.

Hutton dilihat cuba menyekat percubaan Nenad Milijas sehingga menarik pemain itu sehingga terjatuh di dalam kawasan penalti pada penghujung permainan babak pertama.

Pengadil Mark Halsey menghadiahkan sepakan penalti kepada Wolves dan melayangkan kad kuning kepada Hutton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ancelotti Minta Luiz Lebih Tenang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain