Sheikh Mohd Juara Sepang Drag Battle - Sukan | mStar

Sheikh Mohd Juara Sepang Drag Battle

SEPANG: Pelumba drag negara, Sheikh Mohd Salimee Mohd Fowzi dinobatkan sebagai juara Sepang Drag Battle Kelas A pada saingan akhir Pusingan 5 di Litar Sepang, Ahad.

Pun begitu, agak malang bagi Sheikh Mohd apabila gagal melakukan hatrik kemenangan dan mengutip sebarang mata pada saingan akhir itu selepas jenteranya, Nissan Skyline mengalami masalah enjin, namun kemenangan yang diraih pada Pusingan 3 dan 4 sebelum ini membantunya mengukuhkan kedudukan dengan 13 mata.

Kedudukan kedua diraih oleh pencabar terdekat, Tan Chun Li yang mengutip lapan mata pada saingan ini, dan tempat ketiga dimenangi oleh Suzaimi Ahmad dengan enam mata.

Sementara itu bagi Kelas B, Mohd Ainul Azri dari pasukan Proton Satria berjaya mengetepikan pencabarnya, apabila mengutip lima mata diikuti Mohd Amirullah Mohd Ali (Mazda) dengan tiga mata, tempat ketiga Kharul Anwar Ahmad (Proton Satria)- dua mata dan Mohd Fathil Othman (Proton Satria), tempat keempat dengan satu mata.

Musim 2011 bakal membuka tirai bagi Pusingan 1 pada 19 Mac, Pusingan 2 pada 21 Mei, Pusingan 3 pada 16 Julai , Pusingan 4 pada 10 September dan pusingan 5 pada 1 Oktober tahun depan.

KEPUTUSAN PENUH:

Kelas A (Kategori terbuka)

1.Tan Wai Loong (Mitsubishi Evo)

2.Sheikh Mohd Salimee (Nissan Skyline)

3. Isharunizam Ismaon (Proton Satria)

4. Suzaimi Ahmad (Daihatsu Mirage)

KELAS B

1.Mohd Ainul Azri (Proton Satria)

2. Mohd Amirullah Mohd Ali (Mazda)

3. Khairul Anwar Ahmad (Proton Satria)

4. Mohd Fadhil Othman (Proton Satria)

KELAS C

1. Ikmy Adzwan Jamuri (Honda Civic)

2. Abdul Jalil Abdul Rahman (Honda Civic)

3.Mohd Maziz Abdullah (Honda EK)

4. Gam Tiam Leng (Honda Civic)

KELAS G

1. Mohd Hanapi Ismail (Honda Civic)

2. Mohd Iqram Ismail Tajinder (Honda)

3. Mohd Iqbal Ismail Tajinder (Honda)

4. Nur Faizun Nasri (Honda Civic)

KELAS F

1. Shahrulnizam Mohd Sain (Nissan)

2. Mohd Redzwan Abdul Basir (Proton Satria

3. Kalaichelvan Govindapillai (Proton Satria)

4. Mezan Akram (Proton Satria)

Artikel Sebelum

Saingan Sukan Paralimpiad Ke-15 Bermula

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia