suria

Chicharito Penyelamat United

PEMAIN gantian Manchester United, Javier Hernandez 'Chicharito' (gambar) mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Valencia dalam Liga Juara-Juara (CL) bagi Kumpulan C, awal pagi Khamis.

United yang kehilangan beberapa orang pemain utama termasuk Wayne Rooney gagal menjaringkan gol pada masa permainan sehingga Hernandez dimasukkan sekaligus mencipta gol pada minit ke-85.

Hernandez yakin ini merupakan gol pertamanya untuk United dan dia hanya perlukan keyakinan sahaja untuk menjaringkan gol.

“Gol itu telah menaikkan semangat saya. Saya baru memulakan karier bersama United dan jaringan yang dilakukan dalam CL ini memberi sesuatu yang baru kepada saya.

“Saya selalu menonton perlawanan CL sekiranya kembali ke Mexico. Ia merupakan salah satu perlawanan penting dunia, jadi saya akan meneruskannya.

“Menjadi pemain United adalah sesuatu yang bermakna dan saya akan bermain di sini dalam tempoh yang lama,” katanya.

Artikel Sebelum

Wigan Benam Wolves 2-0

Artikel Berikut

Artikel Lain