suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Luncur Udara Jalani Pemilihan Terakhir Di Sandakan

SANDAKAN: Seramai 32 atlet luncur udara sedang menjalani sesi pemilihan terakhir di sini sebelum ke kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2011 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Pemilihan sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur, Terengganu dan Kota Kinabalu.

Presiden Kelab Aviasi Negeri Sembilan, Nasaruddin Abu Bakar berkata sesi pemilihan merangkumi dua kategori iaitu 'spot landing' dan 'cross-country jump'.

"Semua peserta akan mengumpul mata di empat lokasi pemilihan sebelum senarai 10 peserta akhir yang terdiri lima peserta lelaki dan lima wanita diumumkan Jun tahun depan," katanya pada Cabaran Luncur Udara Dua, di sini, Sabtu.

Beliau berkata sukan luncur udara julung kali dipertandingkan di Sukan SEA Jakarta nanti yang bakal disertai enam negara seperti Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia.

"Meskipun negara-negara yang bertanding sudah lama berkecimpung dalam sukan lasak ini, namun penerjun tempatan mampu mendapatkan pingat di Sukan SEA nanti," katanya.

Malaysia kini menduduki ranking ke-53 dari 86 negara dalam kategori spot landing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain