suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Tunggal Halim Tundukkan Kelantan

KUALA LUMPUR: Juara bertahan musim lepas, Negeri Sembilan memulakan kempen Piala Malaysia musim 2010 dengan menundukkan Kelantan 1-0 pada perlawanan kumpulan A yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, Selasa.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Abdul Halim Zainal pada minit ke-73.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan A, Selangor PKNS menewaskan KL Plus 1-0 pada perlawanan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Sementara itu perlawanan kumpulan B pula menyaksikan Pahang membelasah Terengganu 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dengan gol Pahang dijaringkan oleh Marzuki Yusof (minit ke-12), Mohd Fadzli Baharuddin (min ke-67) dan Mohd Faizol Hussain (min ke-82) manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh Abdul Rayjalil pada minit ke-75.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah terikat tanpa sebarang jaringan dengan Sabah.

Pada perlawanan Kumpulan C, Perak seri 2-2 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan di Stadium Perak, Ipoh.

Shahrizal Saad menjaringkan gol pertama tuan rumah pada minit ke-16 sementara gol kedua dijaringkan oleh Shafudin Adli yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78, manakala ATM memperoleh jaringan menerusi Mohd Saiful Mustafa pada minit ke-49 dan V. Jaganathan pada minit ke-67.

Sementara itu pada perlawanan kumpulan D, Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor, membelasah pasukan kelab dari Terengganu, T-Team 3-1 dalam perlawanan di Stadium Shah Alam.

Gol-gol pasukan Red Giants dijaringkan oleh D. Surendran (minit ke-50), Rudie Ramli (min ke-79) dan R. Surendren (min ke-91), manakala gol saguhati T-Team hadir pada minit ke-93 menerusi Rosli Muda.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis menumpaskan Felda United 3-2.

Gol-gol tuan rumah dijaringkan pada minit ke-49 menerusi Fatrurazi Rozi manakala Ahmad Fakri Saarani menjaringkan dua gol pada minit ke-52 dan minit ke-90.

Felda United memperolehi gol pada minit ke-85 menerusi Azrul Ahmad sementara gol kedua dijaringkan oleh G. Puaneswaran selang seminit kemudian.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Wenger Bangga Kebangkitan Fabregas

Artikel Berikut

Guardiola Tak Salahkan Pemain

Artikel Lain