suria

Wenger Bangga Kebangkitan Fabregas

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger gembira selepas pemain utamanya, Cesc Fabregas telah menunjukkan dimensi baru dalam pasukan ketika beraksi dalam Kumpulan H kempen Liga Juara-juara (CL) , Khamis.

Arsenal meneruskan aksi cemerlangnya selepas menang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menundukkan Bolton, Sabtu lalu apabila turut mengalahkan pendatang baru CL, Braga 6-0.

Fabregas yang mengetuai saingan turut menjaringkan dua gol.

Kebangkitannya ini sekali gus menutup spekulasi mengenai perpindahannya ke Barcelona sebelum ini.

“Dia telah membuat satu dimensi baru untuk pasukan. Malah dia juga merupakan pengaruh besar dalam pasukan. Apa yang penting, dia adalah ketua dan bersikap rasional di atas padang.

“Sesetengah orang lupa bahawa dia baru berusia 23 tahun dan inilah masanya seseorang pemain bermula," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

EPL: Stoke City 2 - 1 Aston Villa

Artikel Lain