suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ISN Cadang Guna Teknologi Biomekanik Bantu Atlet Taekwondo

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) bercadang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi teknologi sains sukan biomekanik bagi membantu mempertingkatkan prestasi atlet taekwondo negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata aplikasi tersebut yang pada awalnya digunakan bagi membantu skuad bola sepak negara akan diperluaskan penerapannya kepada atlet taekwondo, bermula awal tahun hadapan.

"Daripada kajian yang ISN lakukan kepada skuad bola sepak, didapati bahawa teknologi ini banyak membantu pemain mencapai tahap kecergasan yang diinginkan oleh jurulatih," katanya kepada Bernama.

Dr Ramlan berkata pada peringkat awal, teknologi tersebut akan digunakan untuk membantu beberapa orang atlet elit taekwondo sebelum diterapkan secara menyeluruh.

Beliau berkata ISN mempunyai kepakaran dan peralatan yang terkini bagi menjayakan usaha ini yang dapat membantu atlet teakwondo negara memperbaiki teknik mereka berdasarkan data yang dikumpul.

"Teknologi ini mampu membantu jurulatih dan pakar sains sukan menilai aspek taktikal perlawanan dalam jangka masa singkat," katannya.

Beliau berkata teknologi tersebut telah lama digunakan oleh negara maju dan Malaysia tidak seharusnya ketinggalan jika ingin bersaing dengan negara maju.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain