suria

Capello Letak Jawatan Selesai Euro 2012

Fokus utama Capello kini membantu England mara ke final Euro 2012.
Fokus utama Capello kini membantu England mara ke final Euro 2012.
Fokus utama Capello kini membantu England mara ke final Euro 2012.

FABIO Capello akan meletak jawatan selaku pengurus England selepas kejuaraan Euro 2012, lapor sumber media, Rabu.

Pengurus yang berasal dari Itali itu dipetik oleh Sky News sebagai berkata, beliau akan meninggalkan tugasnya dalam tempoh dua tahun lagi selepas membantu England melayakkan diri ke pentas Eropah.

"Ya, sudah pasti saya akan meninggalkan England selepas selesai Euro 2012. Kami perlu terlebih dahulu melayakkan diri dan selepas itu saya semakin meningkat tua. Saya mahu menikmati kehidupan saya sebagai pesara kelak," katanya.

Capello menjadi pengurus England sejak Januari 2008 dan menandatangani kontrak baru sebelum aksi Piala Dunia di Afrika Selatan.

Bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik ekoran prestasi hambar skuadnya apabila tewas kepada Jerman pada kempen Piala Dunia.

Mereka memulakan kempen kelayakan Euro 2012 dengan dua kemenangan bergaya ke atas Bulgaria dan Switzerland. Kemenangan itu kini meletakkan England di kedudukan terbaik untuk mara ke final.

Dalam kenyataan baru-baru ini, FA memberitahu mereka lebih berminat melantik pengurus berbangsa Inggeris untuk mengemudi skuad itu selepas pemergian Capello.

Artikel Sebelum

Walcott Berehat Enam Minggu

Artikel Lain