suria

Walcott Berehat Enam Minggu

Kecederaan Walcott membimbangkan Arsenal yang turut kehilangan bisa van Persie.
Kecederaan Walcott membimbangkan Arsenal yang turut kehilangan bisa van Persie.
Kecederaan Walcott membimbangkan Arsenal yang turut kehilangan bisa van Persie.

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan pemain sayap, Theo Walcott akan berehat selama empat hingga enam minggu akibat kecederaan buku lali.

Pemain berusia 21 tahun itu menanggung kecederaan tersebut ketika membantu England menewaskan Switzerland, Selasa.

Kecederaan itu ternyata mengecewakan Walcott dan kelabnya selepas mempamerkan aksi menakjubkan pada awal musim.

"Terjahan itu agak kasar. Apabila anda melihat kecederaan itu, anda menjangkakan ia akan mengambil masa selama tiga hingga empat hari untuk pulih.

"Malangnya, dia akan diketepikan selama enam minggu. Namun keputusan imbasan mendapati kecederaannya tidak begitu serius," katanya.

Wenger juga mengesahkan Robin van Persie turut diketepikan akibat kecederaan serupa yang diperoleh ketika menentang Blackburn, dua minggu lalu.

"Pada mulanya kami begitu optimis. Kami merasakan dia akan berehat selama satu atau dua minggu. Namun kecederaan itu lebih teruk dan dia tidak akan beraksi selama empat hingga enam minggu," tambahnya.

Begitupun, Samir Nasri sedikit sebanyak menggembirakan kem The Gunners apabila pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut dan mungkin diturunkan menentang Bolton.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain