suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sazali Cari Gelaran Mr Universe Kali Keenam Di India

KUALA LUMPUR: Selepas bergelar juara Mr Asia sebanyak tujuh kali, Sazali Abdul Samad kini mencari gelaran Mr Universe untuk kali keenam pada Kejohanan Bina Badan Dunia yang akan berlangsung di Varanasi, India dari 27 Oktober hingga 1 November.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) Kamaruzaman Kadir berkata selain Sazali, nama lain turut tersenarai ialah Buda Anchah serta dua lagi pembina badan negara yang berpotensi untuk menang dalam kategori masing-masing.

"PBMM sebenarnya mahu menghantar seramai mungkin pembina badan ke kejohanan luar namun kekangan faktor kewangan membantutkan hasrat persatuan untuk melahirkan lebih ramai jaguh bina badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Kamaruzman berkata pada asalnya Kejohanan Bina Badan Dunia tahun ini diadakan di Thailand tetapi pergolakan politik di negara itu menyebabkan venue pertandingan dialih ke India.

"Jika kejohanan diadakan di Thailand, persatuan boleh menghantar seramai mungkin pembina badan negara kerana faktor kedekatan dan kos yang murah," katanya.

Kamaruzaman berkata Sazali juga baru sahaja dinobatkan sebagai Mr Asia buat kali ketujuh selepas memenangi kategori lightweight (bawah 70kg) pada Kejohanan Bina Badan Asia kali ke-44 yang berlangsung di Tehran, Iran pada bulan lepas.

Anggota polis dari Batu Pahat itu mula merangkul gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009 dan 2010 sementara gelaran Mr Universe diraihnya pada 2000, 2004, 2006, 2007 dan 2009.

Sementara itu, Buda berada di tempat keempat dalam kategori bawah 60kg pada kejohanan di Tehran. - BERNAMA

Artikel Lain