Benjamin Atasi Ranking Bapa Untuk Ke Sukan Komanwel - Sukan | mStar

Benjamin Atasi Ranking Bapa Untuk Ke Sukan Komanwel

KUALA LUMPUR: Penembak remaja, Benjamin Khor kini mengatasi kedudukan bapanya, Edward Khor sebagai penembak terbaik negara bagi acara double trap dan menjadi sandaran utama Malaysia untuk meraih pingat di Sukan Komanwel di New Delhi Oktober ini.

Edward berkata prestasi anaknya itu mula menjadi tumpuan selepas diiktiraf sebagai penembak nombor dua Malaysia dalam acara double trap pada pertengahan 2008 sebelum merampas kedudukan ranking nombor satu pada awal tahun ini.

"Beraksi di Sukan Komanwel merupakan platform terbaik untuk Benjamin terus berjaya dalam sukan menembak terutama bila bersaing dengan penembak bertaraf dunia," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Edward berkata beliau menyedari anaknya mempunyai potensi besar dalam sukan itu selepas menjuarai banyak pertandingan dalam negara.

Pada 2007, Benjamin meraih empat pingat emas pada Kejohanan Menembak Sultan Iskandar di Johor, dan satu pingat perak di Kejohanan Menembak Terbuka Singapura.

Benjamin, 17, pelajar A-Level di Singapura bukan sahaja penembak yang cekap tetapi merupakan pelajar yang bijak apabila menjadi seorang daripada pelajar terbaik GCE O-Level di Fuchun Secondary School, Singapura.

"Benjamin masih muda, beliau mempunyai kelebihan kerana matanya tajam dan beliau mempunyai banyak masa lagi untuk tingkatkan kemahiran menembak. Dia perlukan banyak pengalaman dan kejohanan kompetitif," kata Edward.

Kecemerlangan Benjamin dalam acara double trap diakui oleh setiausaha eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Mejar Jasni Shaari yang mengharapkan penembak muda itu akan menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen negara di New Delhi nanti. - BERNAMA

Artikel Berikut

MB Terengganu Kesal Kecaman PKBM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain