suria

UPNM Juarai Duathlon Malakoff

KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) memenangi Trofi Universiti Siri Duathon Universiti Malakoff 2010 yang berlangsung di Universiti Pertanian Malaysia dekat sini, Sabtu.

Penuntut UPNM Chan Jun Shen, 21, muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki selepas mencatat masa 40 minit, 45 saat, manakala rakan sepasukannya Muhammad Amirul Hafiz Aman menjadi naib juara dengan catatan masa 41:09s dan Adreen Nujjaid Khairul Nizam menduduki tempat ketiga (41:41s).

Seorang lagi pelajar UPNM Suria Sharuddin, 19, menjuarai kategori perempuan setelah mencatat masa 52:53s, manakala Nor Juliana Ali dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menduduki tempat kedua dengan masa 53:27s dan Nur Adila Sobarudin (UPNM) menang tempat ketiga(56:17s).

Sebanyak 739 atlet mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang melibatkan lumba basikal-larian-lumba basikal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain