Emas Tetap Sasaran Skuad Takraw di Sukan Asia - Sukan | mStar

Emas Tetap Sasaran Skuad Takraw di Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Walaupun kalah mengejut kepada Korea Selatan pada Kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand, pada Sabtu lepas, Malaysia tetap meletakkan sasaran membawa pulang emas acara sepak takraw di Sukan Asia di Guangzhou, China, November ini.

Pengurus skuad sepak takraw negara Datuk Awang Sham Amit berkata kekalahan 2-1 itu tidak akan mengubah sasaran PSM kerana pemain yang diturunkan ketika menentang Korea Selatan itu bukanlah barisan utama negara.

"Kita menurunkan kesemua 21 pemain termasuk pemain simpanan bagi melihat kemampuan mereka berhadapan dengan negara lain," kata Awang Sham yang juga naib presiden PSM.

Katanya walaupun Korea Selatan berjaya menumpaskan skuad negara, itu tidak bermakna mereka adalah pasukan yang hebat dan sukar untuk dikalahkan.

Di Sukan Asia di Doha pada 2006, Malaysia menang dua perak dan satu gangsa.

Awang Sham berkata beliau yakin percaya gandingan barisan pemain lama dan baru yang akan dipilih menyertai skuad negara nanti tidak akan menghampakan PSM.

Skuad Sukan Asia itu akan diumumkan dalam masa tiga minggu lagi.

Menurut beliau, pemilihan akan dibuat selepas selesai sesi latihan di Pulau Pinang yang bermula pada awal Ramadan nanti.

"Saya telah berbincang dengan jurulatih negara Iskandar Arshad dan beliau bersetuju untuk membuat pemilihan selepas latihan tersebut.

"Di samping mengekalkan beberapa orang pemain lama kita akan memilih muka baru yang berpotensi untuk menyahut cabaran di Guangzhou nanti," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain