suria

Airil Rizman Dahului Selangor Masters

PETALING JAYA: Pemain pro golf Malaysia, Airil Rizman Zahari membuat prestasi terbaiknya tahun ini untuk mendahului tiga pukulan lima bawah par 66 di pusingan pembukaan kejohanan Worldwide Holdings Selangor Masters di Seri Selangor Golf Club di Kota Damansara yang menawarkan ganjaran RM1.2 juta.

Airil Rizman, 32, yang nyaris bersara dari golf kerana kecewa dengan prestasinya, membuat lima birdie untuk mendahului kelompok tujuh pemain yang terikat dua bawah par 69.

Tujuh pemain tersebut ialah Brad Smith dan Scott Hend dari Australia; Zaw Moe (Myanmar); Chinnarat Phadungsil, Thaworn Wiratchant dan Pariya Junhasavasdikul (Thailand) serta Anirban Lahiri (India).

"Saya tidak terfikir akan membuat pukulan serendah ini. Saya bernasib baik beberapa kali dan saya mahu ia berterusan hingga Sabtu.

"Saya membuat beberapa pukulan baik dan memasukkan semua putt saya," kata Airil Rizman dan menambah keputusannya untuk kembali ke kelab lamanya dan berlatih di bawah jurulatih Andrew Argus seakan-akan membuahkan hasil.

Kerana kecewa sebelum ini, beliau hampir-hampir bersara bermain golf dan mahu memiliki akademi golf sendiri serta membekal peralatan berkaitan golf.

Selain Airil Rizman, Anis Hassan dan Shaifubari Muda merupakan pemain Malaysia yang melakukan penyudah terbaik pada pusingan hari ini.

Anis membuat satu bawah par 70 untuk berkongsi tangga kesembilan, sementara Shaifubari membuat par yang sama. Pendahului pusingan pertama.

(Pemain Malaysia jika tidak dinyatakan)

66 - Airil Rizman

69 - Brad Smith (AUS), Zaw Moe (MYN), Scott Hend (AUS), Chinnarat Phadungsil (THA), Anirban Lahiri (IND), Thaworn Wiratchant (THA), Pariya Junhasavasdikul (THA)

70 - Ben Fox (USA), Namchoak Tantipokakul (THA), Anis Hassan, Chawalit Plaphol (THA), Angelo Que (PHI)

71 - Lin Chie-hsiang (TPE), Siddikur (BAN), Quincy Quek (SIN), Shaifubari Muda, Lin Wen-hong (TPE), Rahil Gangjee (IND), Prayad Marksaeng (THA), Chris Rodgers (ENG), Ross Bain (SCO), Peter Karmis (RSA), Scott Barr (AUS), Jason King (AUS), Sung Mao-chang (TPE) -BERNAMA

Artikel Lain