suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hodgson Enggan Terburu-buru Turunkan Torres

PENYERANG sensasi, Fernando Torres (gambar) akan terlepas peluang beraksi bersama Liverpool dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal kerana masih berusaha untuk memulihkan kecederaan pangkal pahanya.

Pemain berusia 26 tahun itu kembali menjalani latihan pada Ahad selepas kembali dari bercuti sebaik saja mengemudi Sepanyol menjuarai Piala Dunia di Afrika Selatan bulan lalu.

Namun, kecederaan pangkal paha yang diperolehnya ketika menentang Belanda menyekat usaha Torres untuk kembali berlatih sepenuhnya.

Torres terpaksa melupakan hasrat untuk bertemu Rabotnicki dalam aksi Liga Europa, Khamis ini termasuk tidak akan diturunkan menentang Arsenal, Ahad depan.

Liverpool tidak mahu terburu-buru menurunkan Torres sehingga perlawanan Liga Europa 19 Ogos ini.

Selepas bergelut dengan masalah kecederaan sepanjang dua musim lalu, Pengurus The Reds, Roy Hodgson akan mengambil langkah pencegahan awal untuk memastikan Torres betul-betul pulih.

Artikel Sebelum

Torres Kekal Di Anfield

Artikel Berikut

Artikel Lain