suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cole Tetap Milik Chelsea: Ancelotti

Cole sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
Cole sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
Cole sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti menyifatkan Ashley Cole sebagai pemain bek kiri terbaik di dunia dan tidak akan membenarkannya meninggalkan Stamford Bridge.

Cole, 29, dikaitkan akan bekerjasama dengan bekas pengurus Blues, Jose Mourinho di Real Madrid.

Bagaimanapun, Ancelotti menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia akan kekal bersama Chelsea musim depan.

"Ashley Cole tidak akan dijual dengan apa saja harga sekalipun. Kami percaya dia adalah bek kiri terbaik di dunia. Oleh itu, dia akan kekal memperkuat kelab.

"Tiada apa yang dapat mengubah keputusan ini. Sesiapa saja boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Cole," katanya.

Dalam aksi perlawanan persabahatan Ahad lalu, Eintracht berada di depan menerusi jaringan Patrick Ochs sebelum Frank Lampard menyamakan kedudukan untuk Chelsea.

Namun kedudukan seri itu tidak bertahan lama apabila Halil Altintop menjaringkan gol kemenangan dari dalam kotak penalti.

Chelsea akan bertemu Manchester United dalam perlawanan Perisai Komuniti di Wembley, Ahad ini.

Artikel Lain