suria

Fabregas, Van Persie Terlepas Aksi Bertemu Legia Warsaw

Fabregas masih bercuti di Sepanyol.
Fabregas masih bercuti di Sepanyol.
Fabregas masih bercuti di Sepanyol.

ARSENE Wenger mengesahkan kapten Arsenal, Cesc Fabregas dan penyerang, Robin van Persie tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pra musim terakhir di Legia Warsaw, hujung minggu ini.

Dua tonggak utama The Gunner itu melanjutkan tempoh bercuti selepas pulang daripada tugas antarabangsa di Afrika Selatan tetapi dijadualkan tiba di sini Khamis ini untuk meraikan Members Day dan sesi fotografi di Stadium Emirates.

Ketika Van Persie diangkat sebagai sandaran utama untuk memperkukuh jentera serangan Arsenal pada musim baru, masa depan Fabregas masih menjadi teka-teki kerana dia terus dikaitkan dengan Barcelona.

Wenger bagaimanapun tidak mahu terburu-buru menurunkan kedua-dua pemain itu yang sedang berusaha untuk mengembalikan tahap kecergasan mereka menjelang perlawanan pembukaan menentang Liverpool pada 15 Ogos ini.

"Pertemuan dengan Legia Warsaw akan menyaksikan barisan pemain serupa yang diturunkan pada Piala Emirates. Fabregas dan Van Persie tidak bersedia untuk diturunkan," katanya.

Artikel Sebelum

Torres Kekal Di Anfield

Artikel Berikut

Artikel Lain