suria

Annuar Musa Mahu Kelantan Kekal Prestasi

KOTA BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mahu pemain Kelantan mengekalkan prestasi seperti di dalam Liga Super bagi menghadapi cabaran lebih besar dalam saingan Piala Malaysia.

"Langah ini penting bagi merealisasikan hasrat Kelantan untuk muncul juara Piala Malaysia tercapai dan terus unggul pada musim yang akan datang," katanya pada majlis meraikan pemilihannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), di sini malam tadi.

Kelantan kini mengungguli tangga kedua Liga Super di belakang Selangor.

Beliau teruja kerana tahap permainan dan sokongan peminat kepada sukan bola sepak di Kelantan begitu luar biasa sejak kebelakangan ini yang boleh membantu pasukan The Red Warriors terus mengungguli persada boleh sepak tempatan.

"Sehubungan itu, apa sahaja tindak tanduk pihak pengurusan KAFA dan kelab-kelab gabungan di bawahnya hendaklah menuju ke arah kemajuan di bidang ini.

"Semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak perlu memainkan peranan penting dalam memastikan mutu bola sepak Kelantan terus unggul di persada kebangsaan dan antarabangsa," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Torres Kekal Di Anfield

Artikel Berikut

Artikel Lain