Hughes Pilihan Fulham Ganti Tugas Hodgson - Sukan | mStar

Hughes Pilihan Fulham Ganti Tugas Hodgson

Hughes kini sah pengurus baru Fulham.
Hughes kini sah pengurus baru Fulham.

MARK Hughes menerima tawaran daripada Fulham untuk menjadi pengurus baru kelab itu. Beliau akan mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Roy Hodgson yang menyertai Liverpool pada musim panas ini.

Pelantikan Hughes ternyata mengecewakan Sven-Goran Eriksson yang sentiasa dikaitkan sebagai calon utama untuk membimbing Fulham pada musim baru.

Pengerusi Fulham, Mohamed Al Fayed mengalih tumpuan terhadap Hughes selepas gagal memujuk Martin Jol untuk meninggalkan Ajax minggu lalu.

Hughes menerima tawaran itu selepas mengetahui Fayed mampu memenuhi perbelanjaannya untuk membawa masuk beberapa muka baru ke Fulham.

Pengurus kelahiran Wales itu dipercayai akan membawa bersama pembantu jurulatihnya, Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki serta jurulatih penjaga gol, Kevin Hitchcock.

Fulham kini dalam proses untuk mendapatkan khidmat penjaga gol England, David James yang meninggalkan Portsmouth.

Jika Arsenal mahu memperbaharui tawaran terhadap penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer, Fayed tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan perpindahan James ke Craven Cotagge.

Kehadiran Hughes sedikit sebanyak menceriakan skuad Fulham yang mula mengintai peluang untuk berhijrah ke kelab lain selepas pemergian Hodgson.

Mereka baru saja kembali daripada melakukan jelajah singkat ke Sweden di bawah kendalian sementara, Ray Lewington.

Kini, Hughes mempunyai masa kurang dari dua minggu untuk bersemuka dengan pemainnya sebelum pertemuan dengan Bolton Wanderers pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan depan.

Karier pengurusan Hughes bermula ketika dia memimpin Wales selama lima tahun dan berjaya membawa pasukan itu ke final Euro 2004 tetapi tewas kepada Rusia.

Selepas itu, beliau menjadi pengurus Blackburn Rovers dan membantu mereka menamatkan kempen EPL musim 2005/2006 di tempat keenam sekaligus menafikan peluang Rovers untuk beraksi dalam Piala UEFA.

Dia kemudiannya meninggalkan Ewood Park untuk menyertai Manchester City pada musim panas 2008. Namun dia dipecat pada Disember tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain