23 Pemain Perancis Digantung Perlawanan - Sukan | mStar

23 Pemain Perancis Digantung Perlawanan

PENGURUS baru Perancis, Laurent Blanc menggantung kesemua 23 pemain pasukan itu yang terlibat dalam insiden memalukan sepanjang kempen Piala Dunia daripada beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Norway, 11 Ogos ini.

Blanc yang mengambil alih tugas Raymond Domenech berkata, dia akan melakukan rombakan besar-besaran selepas insiden memalukan itu.

Skuad kebangsaan itu memboikot sesi latihan sehari selepas penyerang Nicolas Anelka dihantar pulang kerana bertelagah dengan Domenech pada separuh masa kedua ketika tewas 0-2 kepada Mexico dalam aksi Kumpulan A.

"Laurent Blanc mengusulkan projek sukannya kepada Majlis Pesekutuan hari ini," kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) dalam laman web mereka.

Blanc turut mencadangkan senarai nama 23 pemain yang terlibat dalam insiden di Afrika Selatan dengan tidak membenarkan mereka beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Norwary di Oslo, 11 Ogos ini.

"Kami menerima kertas cadangannya. Laurent Blanc akan bersemuka dengan barisan pemainnya untuk perlawanan pada 5 Ogos ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan FFF.

FFF juga dijangka akan membincangkan kedudukan perancang Franck Ribery dan penyerang Karim Benzema yang masih dalam siasatan polis berhubung dakwaan melakukan seks dengan pelacur bawah umur.

Artikel Berikut

Belia, Sukan Sama Penting Bagi KBS

Artikel Berkaitan

Artikel Lain