suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maradona Layak Pikul Tugas Pengurus Argentina: Grondona

Maradona raih banyak undi sokongan untuk kekal kemudi Argentina.
Maradona raih banyak undi sokongan untuk kekal kemudi Argentina.
Maradona raih banyak undi sokongan untuk kekal kemudi Argentina.

MENURUT Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Julio Grondona, Maradona masih layak memikul tanggungjawab selaku pengurus kebangsaan negara itu selepas membantu pasukan berkenaan melangkah ke kelompok lapan terakhir pada aksi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Argentina berjaya meneruskan langkah ke aksi final selepas Maradona mengambil alih kerusi panas yang ditinggalkan Alfio Basile sebelum tewas 0-4 kepada Jerman dalam kelompok lapan terakhir.

Bercakap kepada sebuah stesen radio di Argentina, Grondona menghamburkan pujian kepada Maradona yang mengemudi negara itu menjuarai saingan terulung berkenaan pada 1986.

"Dia mengambil alih tugas pada saat getir dan berjaya melakukannya. Dia mengemudi pasukan menduduki tempat kelima, lebih baik berbanding aksi Piala Dunia terdahulu. Segala pengorbanannya perlu dihargai. Dia akan kekal sebagai pengurus Argentina," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain