SUKMA: Melaka Pertahan Emas Gimnastik Artistik Berpasukan Wanita - Sukan | mStar

SUKMA: Melaka Pertahan Emas Gimnastik Artistik Berpasukan Wanita

JASIN: Melaka berjaya meraih tempat pertama dalam acara gimnastik artistik berpasukan wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di sini semalam, sekaligus mempertahankan pingat yang dimenangi pada Sukma ke-12 di Terengganu dua tahun lepas.

Pasukan tuan rumah itu mengungguli acara tersebut dengan memungut 193.5 mata mengatasi pencabar terdekat Selangor dengan 185 mata yang memperolehi pingat perak.

Pasukan Sabah memperolehi pingat gangsa dengan 164.25 mata pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Politeknik Merlimau di sini.

Melaka yang dianggotai dua gimnas negara Tracie Ang dan Tan Ing Yueh bersama tiga lagi rakan mereka Goh Mae Jenn, Loh Hui Xin dan Nur Azian Irdahani berjaya membantu pasukan itu memperolehi satu daripada lima emas yang disasarkan Persatuan Gimnastik Amatur Melaka (MAGA) pada temasya Sukma kali ini.

Penarikan diri akibat kecederaan tangan kiri gimnas handalan Cheong See Teng yang telah menyumbang empat pingat emas dalam acara individu dan membantu Melaka memenangi pingat emas dalam acara yang sama pada Sukma Ke-12, agak dirasai tetapi tidak menjejaskan rentak Melaka untuk bergelar juara.

Ketika ditemui Bernama, Cheong berkata, beliau sememangnya amat sedih dengan kecederaan yang dialami tetapi akan tetap membantu pasukanya dalam apa bentuk sekalipun untuk memastikan Melaka mendominasi acara gimnastik.

Sementara itu, Presiden MAGA Datin Rahimah Razali berkata, beliau amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh gimnasnya walaupun mengakui ketiadaan Cheong sedikit menjejaskan sasaran lima emas.

"Saya yakin gimnas yang kita ada sekarang mampu memperolehi baki empat emas yang kita sasarkan," katanya.

Tracie pula berkata, beliau gembira dengan persembahannya semalam dan akan melakukan yang lebih baik pada acara individu esok.

Seramai 27 atlet daripada enam negeri mengambil bahagian dalam acara yang memerlukan kesemua gimnas melakukan empat disiplin gimnastik iaitu Batang Titian, Senaman Lantai, Palang Bertingkat dan Melombol.

Acara esok menawarkan dua pingat emas dalam acara individu lelaki dan wanita di mana kelibat dua gimnas negara yang mewakili Selangor, Mohd Azzam Azmi dan Daniel Iskandar dalam acara individu lelaki dan Tracie dalam acara individu wanita, dijangka mencuri tumpuan peminat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Sukma: Melaka Atasi Kedah 2-0

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain