Pemain Korea Raih Kejuaraan Bawah 14 tahun - Sukan | mStar

Pemain Korea Raih Kejuaraan Bawah 14 tahun

LANGKAWI: Pemain Korea Selatan Kang Joon Seok meraih dua kejuaraan perseorangan dan bergu lelaki bawah 14 tahun pada Kejohanan Tenis Antarabangsa Langkawi Geopark 2009, di Kompleks Sukan LADA, di sini yang berakhir hari ini.

Dalam keadaan cuaca panas, Kang Joon berjaya menumpaskan rakan senegaranya Kim Hwi 64 dan 63 untuk menjuarai perseorangan yang kemudian berpasangan dengan Kang Yoon Ho mengalahkan pasangan senegara mereka Voom Jeong Ju dan Lee Hyun Wook 64 dan 62 untuk memenangi acara bergu.

Korea Selatan yang menghantar 27 pemain remaja pada kejohanan itu menunjukan persembahan terbaik dengan menguasai hampir kesemua kategori yang dipertandingkan.

Dalam acara beregu bawah 12 tahun lelaki, pemain Korea Selatan sekali lagi menunjukkan persembahan cemerlang apabila pasangan pemainnya, Eom Gwan Yong dan Kim Hyeon Seong mengalahkan pasangan senegara Eom Sehyon dan Yung Chan Hee 26, 63 dan 62.

Seorang pemain Filipina, Hannah Grace Espinosa menjadi johan perseorangan perempuan bawah 14 tahun dengan mengalahkan Keri Anne Roos dari Afrika Selatan 60 dan 63.

Lebih 300 pemain dari 13 negara menyertai kejohanan lima hari anjuran Persatuan Lawn Tenis Langkawi, Persatuan Lawn Tenis Kedah dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang merupakan sirkit terakhir dari empat kejohanan manakala sirkit lain ialah di Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mun YeeYan Raih Emas Terakhir Terjun

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain