suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahaguru Aikido hadiri seminar antarabangsa di KL

KUALA LUMPUR: Mahaguru Aikido, Seiichi Sugano Shihan yang bertanggungjawab menganugerahkan tali pinggang hitam bagi pengamal seni mempertahankan diri itu di Malaysia, merupakan antara empat tenaga pengajar dalam seminar Aikido Antarabangsa yang diadakan di sini hari ini.

Presiden Persatuan Aikido Malaysia Low Thian Seng berkata Ketua Aikido yang diberi gelaran "Shihan" itu akan datang setahun sekali ke Malaysia selaras dengan tanggungjawabnya memantau dan melawat negara di Asia Pasifik yang mempunyai persatuan Aikido.

"Ketua Aikido ini juga akan memberi tunjuk ajar tentang teknik seni Aikido kepada para peserta selain beberapa orang guru lagi yang dipilih.

"Prinsip Aikido adalah tidak akan menerima penyertaan dalam sebarang kejohanan dan tidak mementingkan material kerana kami menitik beratkan keharmonian," kata beliau ketika dihubungi Bernama.

Low berkata seminar empat hari yang melibatkan 250 peserta dari 11 negara itu diadakan di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan diharap menjadi platform untuk peserta mengeratkan hubungan sesama mereka.

Sementara itu, Bendahari Kehormat MOM Datuk Seri Kee Yong Wee berkata walaupun usia Persatuan Aikido Malaysia baru menjangkau 15 tahun, namun terdapat banyak perubahan serta peningkatan prestasi ahlinya.

"Persatuan tersebut telah memperoleh sijil pendaftaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan dengan cara ini, memudahkan persatuan memohon peruntukan kewangan bagi menjalankan sesuatu program untuk menarik minat orang ramai menyertai Aikido," kata beliau. BERNAMA

Artikel Lain