suria

Grand Prix Asia ke-3 diteruskan walaupun ada kebimbangan H1N1

KUALA LUMPUR: Walaupun bimbang dengan penularan wabak Influenza A(H1N1), Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) akan meneruskan penganjuran kejohanan memanah Grand Prix Asia ke-3 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Taman Keramatdi sini dari 5 hingga 12 Julai ini.

Setiausaha NAAM Abdul Hamid Hasan berkata keputusan untuk meneruskan kejohanan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden NAAM Tan Sri Abdul Khalil Abdul Mutalif hari ini.

"Bagaimanapun NAAM juga membuat persediaan sekiranya mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Sukan Negara untuk membatalkan kejohanan tersebut jika perlu," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata kejohanan itu menarik peryertaan Korea, Taiwan, Hong Hong, Mesir, Arab Saudi dan Filipina.

"NAAM menyasarkan penyertaan lebih daripada 10 negara pada kejohanan kali ini dan peluang masih terbuka kepada negara yang berminat sebelum tarikh tutup penyertaan pada 20 Jun ini," katanya.

Abdul Hamid berkata Malaysia akan membariskan enam peserta lelaki dan enam wanita pada kejohanan itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain