suria

Chong Wei dahului senarai Anugerah SAM 2008/09

KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah menyenarai lima calon bagi merebut Anugerah SAM100 Plus 2008/09 yang akan berlangsung Jumaat ini.

Mendahului senarai ialah pemenang pingat perak badminton Sukan Olimpik Beijing, Datuk Lee Chong Wei yang juga merupakan pemain nombor satu lelaki dunia, diikuti oleh atlet memanah, Cheng Chu Sian yang mara hingga ke peringkat suku akhir acara individu dan berpasukan Sukan Olimpik itu.

Turut tersenarai ratu skuasy negara Datuk Nicol David, pelumba trek berbasikal kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang yang mara ke peringkat suku akhir keirin Sukan Olimpik Beijing dan memenangi pingat perak acara pecut 200 meter pada Kejohanan Dunia di Poland baru-baru ini dan pasangan beregu badminton wanita, Wong Pei TtyChin Ee Hui yang menjuarai Siri Super Masters Akhir 2007.

Presiden SAM, Abu Bakar Atan ketika mengumumkan senarai itu berkata antara kriteria pemilihan untuk anugerah ialah disiplin, persona dan impak yang dimiliki atlet.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 yang dijangka akan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain