suria

Ketua Pengarah MSN selamat jalani pembedahan jantung

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di sebuah hospital swasta awal pagi ini.

Beliau kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke hospital itu lewat malam semalam.

Pegawai Perhubungan Media MSN, Fahmi Omar ketika dihubungi berkata Zolkples kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dinasihatkan berehat sepenuhnya dalam masa 48 jam.

"Setelah dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, beliau dinasihatkan supaya menjalani pembedahan segera setelah pihak hospital mengesahkan dua daripada injap jantungnya mengalami masalah," katanya.

Fahmi berkata sehingga kini hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat sebelum Zolkples dipindahkan keluar daripada ICU.

Beliau dikatakan mula berasa sakit di bahagian dada ketika beraksi pada satu kejohanan golf sebelum pulang ke rumah untuk berehat namun kemudian dihantar ke hospital kirakira pukul 8.30 malam.

Zolkples, yang berusia 50 tahun, memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah MSN pada 25 April 2007. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain