SAKHIR, Bahrain: Jenson Button muncul juara Bahrain Grand Prix hari ini yang menawarkan 57 pusingan, sekali gus menerajui kedudukan barisan pemandu selepas empat perlumbaan tahun ini setakat ini.
Warga British itu menguasai kemenangan ketiga selepas muncul juara di Australia dan Malaysia.
Dengan perkembangan itu, beliau telah memenangi tiga daripada empat perlumbaan setakat ini.
Keputusan hari ini memberikan Button kedudukan mengetuai barisan pemandu dengan 12 mata.
Di tempat kedua ialah pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel yang muncul pemenang di China minggu lalu dan disusuli oleh Jarno Trulli dari Toyota.
Vettel berada 7.1 saat di belakang Button.
Perlumbaan akan datang diadakan di Eropah dalam masa dua minggu lagi.
Penyandang juara keseluruhan, Lewis Hamilton dari McLaren pula menduduki tempat keempat.
Hanya satu daripada 20 kereta yang gagal menghabiskan pusingan dalam perlumbaan yang tidak sedramatik berbanding di China minggu lalu.
Button memulakan perlumbaan dari petak yang keempat hari ini.
KEPUTUSAN KESELURUHAN:
1. Jenson Button (GBR/Brawn) 1 jam 31 min 48.182s
2. Sebastian Vettel (JER/Red Bull) di 7.187s
3. Jarno Trulli (ITA/Toyota) 9.170
4. Lewis Hamilton (GBR/McLaren) 22.096
5. Rubens Barrichello (BRA/Brawn) 37.799
6. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 42.057
7. Timo Glock (GER/Toyota) 42.880
8. Fernando Alonso (SEPANYOL/Renault) 52.775
9. Nico Rosberg (JER/Williams) 58.198
10. Nelson Piquet Jr (BRA/Renault) 1min 05.149sec
11. Mark Webber (AUS/Red Bull) 1:07.641
12. Heikki Kovalainen (FIN/McLaren) 1:17.824
13. Sebastien Bourdais (PERANCIS/Toro Rosso) 1:18.805
14. Felipe Massa (BRA/Ferrari) at 1 lap
15. Giancarlo Fisichella (ITA/Force India) 1 pusingan
16. Adrian Sutil (JER/Force India) 1 pusingan
17. Sebastien Buemi (SUI/Toro Rosso) 1 pusingan
18. Robert Kubica (POL/BMW Sauber) 1 pusingan
19. Nick Heidfeld (GER/BMW Sauber) 1 pusingan
Gagal habiskan pusingan
Kazuki Nakajima (JPN/Williams): masalah enjin di pusingan ke-49
Kedudukan keseluruhan
Pemandu:
1. Jenson Button (GBR) 31.0 mata
2. Rubens Barrichello (BRA) 19.0
3. Sebastian Vettel (JER) 18.0
4. Jarno Trulli (ITA) 14.5
5. Timo Glock (GER) 12.0
6. Mark Webber (AUS) 9.5
7. Lewis Hamilton (GBR) 9.0
8. Fernando Alonso (SEPANYOL) 5.0
9. Nick Heidfeld (GER) 4.0
10. Heikki Kovalainen (FIN) 4.0
11. Nico Rosberg (GER) 3.5
12. Kimi Raikkonen (FIN) 3.0
13. Sebastien Buemi (SUI) 3.0
14. Sebastien Bourdais (PERANCIS) 1.0
Pengeluar:
1. Brawn 50.0 mata
2. Red Bull 27.5
3. Toyota 26.5
4. McLaren 13.0
5. Renault 5.0
6. BMW Sauber 4.0
7. Toro Rosso 4.0
8. Williams 3.5
9. Ferrari 3.0
- Agensi


