suria

Final Piala FA: Jangan buat kecoh, kata Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan penyokong Selangor dan Kelantan supaya tidak membuat kecoh apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam perlawanan akhir Pala FA 2009 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Beliau berkata seramai 1,300 anggota polis termasuk anggota trafik dan kereta peronda akan ditempatkan di sepanjang jalan di sekitar stadium untuk memantau keadaan sepanjang perlawanan berlangsung.

"Sukan bola sepak ini adalah bagus, oleh itu sebagai penyokong jangan timbulkan keadaan tegang hingga mewujudkan rusuhan seperti berlaku di Kelantan.

"Jangan buat perkara yang boleh merosakkan keadaan," katanya kepada pemberita semasa Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-6 di Bukit Aman di sini hari ini.

Penyokong Kelantan telah merusuh semasa perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mohamed keIV di Kota Baharu pada 7 April lalu, selepas Kelantan tewas 01.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain