suria

Setiap pemain Selangor dapat RM15,000 jika julang Piala FA

SHAH ALAM: Setiap pemai bola sepak Selangor akan memperolehi insentif RM15,000 setiap seorang jika berjaya membantu Selangor menjulang Piala FA 2009 esok, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami mempunyai banyak syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar dan mereka bersetuju untuk membayar insentif kepada para pemain," katanya kepada pemberita semasa mengadakan majlis makan pagi kepada pemain Selangor di kediaman rasminya dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor berkata, pengumuman pemberian insetif itu dibuat terlebih awal sebelum perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok, bagi menyuntik semangat pemain Selangor menghadapi kejohanan tersebut.

Dijangka lebih 90,000 penyokong kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium yang dapat menampung 100,000 penonton, menyebabkan langkah keselamatan terpaksa diperketat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Shebby labur dalam ASM

Artikel Berikut

Artikel Lain