suria

Shebby labur dalam ASM

JOHOR BAHRU: Bekas pemain dan pengulas bola sepak negara, Serbegeth Singh atau Shebby melawat pameran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di sini dan mengambil kesempatan untuk melabur dalam Amanah Saham Malaysia hari ini.

Shebby berkata beliau tertarik untuk melabur dalam ASM setelah mendengar taklimat mengenai pendidikan pelaburan yang diadakan sempena MSAM.

Beliau mengakui tidak mengetahui bahawa kaum India juga dibenarkan untuk melabur di dalam unit amanah tersebut dan bercadang untuk menambah pelaburan di dalam ASM selepas ini.

"Saya gembira kerana mendapat peluang ini," katanya semasa ditemui pemberita hari ini. Shebby hadir ke MSAM 2009 untuk Potret Kejayaan Anak Johor anjuran Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain