suria

Final Piala FA: Selangor, Kelantan anggap 'istimewa'

SIAPA JUARA?... Jurulatih pasukan Kelantan dan Selangor, Peter Butler (kiri) dan K. Devan bersalaman petang semalam menjelang perlawanan final Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini. - gambar The Star oleh VICTOR K.K. NG
SIAPA JUARA?... Jurulatih pasukan
Kelantan dan Selangor, Peter Butler (kiri) dan K. Devan bersalaman petang semalam menjelang perlawanan final Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini. - gambar The Star oleh VICTOR K.K. NG
SIAPA JUARA?... Jurulatih pasukan Kelantan dan Selangor, Peter Butler (kiri) dan K. Devan bersalaman petang semalam menjelang perlawanan final Piala FA di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini. - gambar The Star oleh VICTOR K.K. NG

PETALING JAYA: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pastinya akan kembali gegar membabitkan saingan Selangor dan Kelantan yang merebut Piala FA pada perlawanan final malam ini.

Perlawanan berlangsung pukul 8.45 malam.

Kedua-dua jurulatih Peter James Butler dari Kelantan dan K. Devan, yang membimbing Selangor, melahirkan keyakinan yang seimbang untuk membawa pulang Piala FA edisi 2009.

K. Devan, jurulatih pasukan Selangor berkata, "kali terakir saya mengemudi pasukan ke final, saya muncul juara."

Oleh itu kata Devan, beliau berharap ia akan berulang kali ini.

"Ini juga peluang terbaik kami menamatkan kemarau kejuaraan Selangor sejak 2006," ujar Devan.

Katanya lagi, perlawanan ini merupakan satu-satunya yang dianggap pertarungan istimewa untuk Piala FA.

Devan pernah merasai nikmat menjulang Piala FA ketika bersama Negeri Sembilan pada 2003.

Butler pula berkata, pasukannya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir malam ini.

"Semua pemain bersedia dari segi emosi dan yakin untuk beraksi.

"Perlawanan ini merupakan satu bonus kerana setelah sekian lama, pasukan Kelantan tidak beraksi di perlawanan akhir," kata jurulatih dari England ini.

Ini merupakan kali pertama bagi Kelantan beraksi di final selepas 39 tahun.

"Pasukan kami semakin kuat dari sehari ke sehari dengan persefahaman pemain juga semakin baik," katanya lagi.

BARISAN KEMUNGKINAN DITURUNKAN:

Selangor:

- Mohd. Hamsani Ahmad

- Mohd. Razman Roslan

- Khairul Anuar Baharum

- Mohd. Nasriq Baharom

- D. Surendran

- Mohd. Hardi Jaafar

- C. Premnath

- Mohd. Amri Yahyah

- Amirulhadi Zainal

- Mohd. Safee Sali

- Rudie Ramli

Kelantan:

- Shahrizani Ismail

- Mohd. Sarudy Aziz

- Zamri Ramli

- Mohd. Farisham Ismail

- Ahmad Ezrie Shafizi

- Rizal Fahmi

- Zairul Fitri Ishak

- Mohd. Badri Mohd. Radzi

- Indra Putra Malayuddin

- Mohd. Norfarhan Mohammad

- Mohd. Khalid Jamlus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain