suria

Sepang Drag Battle ditunda ke 23 Mei

KUALA LUMPUR: Pusingan pembukaan Drag Battle Litar Antarabangsa Sepang (SIC) 2009, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 2 Mei, ditunda kepada 23 Mei.

Pengurus Media SIC, Irwan A. Rahman berkata penangguhan itu dibuat kerana sistem pengukur masa yang dipesan dari Amerika Syarikat tidak diterima seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Dengan bertambahnya jumlah peserta, perlumbaan ini menjadi semakin menarik.

"Bacaan tidak tepat oleh mesin yang kami gunakan sudah tentu akan menjejaskan sukan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

SIC juga menunda tarikh bagi pusingan lain dalam kalender Drag Battle musim ini iaitu kepada 27 Jun bagi pusingan kedua, 18 Julai (pusingan tiga), 31 Oktober (pusingan empat) dan 21 November (pusingan akhir).

Perlumbaan berkenaan diadakan di laluan lurus sepanjang 400m di litar itu.

Maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati dengan melayari www.sepangcircuit.com atau menghubungi Irwan A.Rahman di talian 017-3725777. BERNAMA

Artikel Lain