suria

Anuar Manan Raja Pecut JM2009 tiga tahun berturut-turut

JUARA keseluruhan, jersi kuning pelumba dari pasukan Saving & Loan, Timothy Roe (dua, kiri) meraikan kejayaannya selepas tamat saingan terakhir perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 hari ini. Pelumba negara yang mewakili Azad Universiti, Anuar Manan (tiga, kiri) memenangi jersi hijau selaku raja pecut kejohanan. Raja bukit yang menyarung jersi Polka Dot dimenangi pelumba dari pasukan Azad Universiti, Abbas Saeiditanha (kanan) manakala pelumba terbaik tempatan memenangi jersi putih RTM, Muhamad Rauf Misbah (kiri). Perlumbaan JM2009 yang berstatus 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) disertai seramai 120 pelumba daripada 21 pasukan meliputi jarak perlumbaan sejauh 1,240km. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelumba kebangsaan Anuar Manan mencipta sejarah tersendiri apabila mencapai sasarannya untuk memenangi jersi hijau selaku pelumba pecut terbaik perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 (JM2009), bagi mengulangi pencapaian yang dilakukan dalam dua edisi terdahulu.

Kejayaan menambah 10 mata pada Kriterium Kuala Lumpur hari ini, Anuar, 23, mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nor Rizuan Zainal daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mehdi Sohrabi (Iran) daripada pasukan Tabriz Petrochemical.

Beliau mengumpul 29 mata dan diikuti Mohd Nor Rizuan dan Mehdi dengan masing-masing mengumpul 24 dan 20 mata.

"Syukur saya dapat mengekalkan jersi hijau untuk (menang) kali ketiga berturut-turut.

"Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu saya mengatur strategi untuk saya menang dua zon pecutan hari ini.

"Saya turut berbangga kerana pasukan saya (Azad University Continental Team) menang empat peringkat perlumbaan dan dua jersi kejohanan. Saya masih mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini bersama pasukan yang saya sertai dan mungkin berpindah pasukan atau kekal bersama pasukan ini," kata pelumba berusia 23 tahun dari Kuala Ibai, Terengganu itu.

Namun, hasrat Anuar untuk memenangi perlumbaan peringkat kelapan hari ini tidak kesampaian selepas tayar basikalnya bocor selepas perlumbaan berbaki tiga lagi pusingan.

"Agak kecewa juga bila tidak dapat melakukan pecutan untuk raih kemenangan pada kriterium hari ini. Selepas tayar basikal saya bocor, pasukan saya meletakkan sandaran kepada seorang lagi pelumba pecut dalam pasukan, Hossein Nathegi," katanya.

Sepanjang perlumbaan JM 2009, Anuar memenangi dua perlumbaan peringkat iaitu pada peringkat keempat dari Tanah Merah ke Kuala Terengganu dan peringkat kelima dari Kuala Terengganu ke Kuantan.

"Saya akan terus bersama pasukan ini sehingga kontrak saya tamat. Saya mempunyai kontrak setahun bersama-sama mereka. Selepas itu, saya mungkin terus kekal bersama mereka atau sertai pasukan lain," katanya, sambil menambah beliau akan ke Indonesia untuk menyertai satu kejohanan di sana dan kemudiannya meneruskan latihan di Tehran.

Sementara itu, Hossein, 22, berjaya meloloskan diri dalam kelompok seramai 61 pelumba untuk memenangi perlumbaan Kriterium Kuala Lumpur sejauh 80.4km.

Ia merupakan kemenangan kedua buat Hossein dalam edisi perlumbaan kali ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain