suria

Nikah di Thailand sah tapi boleh jadi haram dan dosa besar - Ustaz Azhar Idrus

Azhar jelaskan mengenai pernikahan di Thailand yang kerap dijadikan jalan pintas ramai pasangan.

MELANGSUNGKAN pernikahan di Thailand merupakan salah satu jalan dipilih pasangan apabila hubungan cinta mereka tidak mendapat restu daripada keluarga mahupun isteri pertama.

Lebih parah apabila ada diantara pasangan iaitu wanita mengetepikan wali pernikahan mereka yang masih hidup hanya kerana ingin menghalalkan hubungan tersebut.

Mengulas isu itu, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, walaupun perkahwinan itu sah, namun undang-undang di Malaysia menyarankan pasangan terbabit mendaftarkan semula pernikahan mereka di negara ini.

161806hm4ij3jxr5y9er9p

Azhar jelaskan mengenai pernikahan di Thailand selepas mendapat pertanyaan penonton.

"Saya tak boleh beri keputusan tentang perkahwinan di luar Malaysia kerana ada yang sah, ada yang tidak sah.

"Sebab itulah pasangan yang berlari nikah di Thailand kena daftar semula di Malaysia.

"Mahkamah akan periksa wali hakim... siapa yang menjadi saksi dan bagaimana ijab kabul dijalankan.

"Sebab itu bila pulang ke Malaysia ada mahkamah putuskan sah nikahnya... ada yang diputuskan tidak sah. Mahkamah yang tentukan," katanya menerusi satu rakaman video TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa dan Aslam kahwin 27 Disember lalu, Norman dan Abby tak restu minta anak berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu pakai kain basahan, Ustaz Azhar Idrus pesan suami isteri mandi bersama... Pasangan tua perlu lebih kerap

Dalam pada itu, Azhar memaklumkan tindakan 'kahwin lari' itu boleh mengundang dosa besar memandangkan ia berkemungkinan melukakan hati ibu bapa masing-masing.

"Cuma bagi pasangan yang telah diputuskan sah ia tetap berdosa kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar pada ibu bapa mereka.

"Mereka menyakitkan hati ibu bapa mereka, mengaibkan dan membuat mereka sedih. Haram dan dosa besar," ujarnya tanpa mengaitkan sesiapa berhubung perkara itu.

Dalam pada itu menurut undang-undang Islam di Malaysia, pasangan yang bernikah di luar negara hendaklah segera mendaftar perkahwinan masing-masing.

1111

Gosip Marissa mengahwini Aslam di Thailand jadi bualan.

Berdasarkan Seksyen 123 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, jika seorang lelaki berkahwin lagi tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah terlebih dahulu, maka dia telah melakukan satu kesalahan.

Pasangan ini boleh dihukum denda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Malah, wali, bapa atau sesiapa sahaja yang hadir dalam majlis akad nikah juga boleh didakwa atas kesalahan bersubahat.

Sebelum ini, nama anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania menjadi bualan ramai apabila didakwa telah berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Marissa Dania Hakim dikatakan bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Sumber memaklumkan kepada mStar, Aslam, 25, dan Marissa melangsungkan pernikahan ketika isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain