suria

Kakak Misya dedah adik jauhkan diri, beri bayangan Marissa dan Aslam sudah nikah 

Marissa dan Aslam didakwa sudah berkahwin di Thailand.

KAKAK kepada Misya Mazlan memberitahu adik perempuannya itu tidak ada bercerita mengenai dakwaan suaminya dikatakan sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi di Songkhla, Thailand.

Nadiah Mazlan memberitahu adiknya itu juga seolah-olah menjauhkan diri daripada keluarga mungkin disebabkan mengelak daripada bercakap mengenai perkara itu.

"Dia tak cerita dan mungkin tidak mahu cerita sebab benda pun dah jadi. Dia jauhkan diri dari kami, dari semua, aku sedih. Sedih sangat sebab aku paling rapat dengan dia.

"Tapi selalu nampak 'repost' di TikTok tentang emosi, luahan, kesengsaraan, penderitaan, sampai jatuh sakit.

2273975

Misya dikatakan tidak mengetahui suaminya sudah berkahwin dua.

"Aku nampak semua tu, aku cuba tak nak fikir, tak nak ambil tahu. Tapi aku tak boleh, jiwa aku sakit, hati aku sakit bila tengok semua tu," tulis Nadiah.

Nadiah berkongsi perkara itu menerusi Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, Nadiah turut berkongsi sedutan drama Layang-Layang Perkahwinan episod 15 yang seolah-olah memberi bayangan berita mengenai perkahwinan Marissa Dania Hakim dan Aslam adalah benar.

Menerusi babak yang dikongsi memperlihatkan pelakon drama tersebut iaitu Ezzanie Jasny melontarkan ayat tentang suaminya lakonan Shukri Yahaya tidak meminta izinya untuk berkahwin lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Unfollow’ ibu bapa di IG, kecoh anak Norman dan Abby nikah di Thailand

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mengaku salah” - Anak Norman dan Abby akhirnya buka mulut, katanya bukan semua cerita tular itu benar

Sementara itu, Nadiah yang membahasakan dirinya sebagai Kakya memohon pengikutnya berdoa selain memberikan kata-kata semangat kepada adiknya dalam menempuh dugaan ketika ini.

Kata Nadiah, dia sebagai kakak sudah tidak mampu berbuat apa-apa mengenai perkara tersebut.

"Kakya nak minta tolong, tolong bagi kata-kata semangat dan nasihat pada adik Kakya. Masih panjang perjalanan dia. Semoga dia dan anak-anaknya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah," tulisnya.

Pada Rabu, nama Marissa kembali menjadi bualan selepas dia didakwa melangsungkan perkahwinan dengan Aslam pada Disember lalu ketika isteri pertama sedang menunaikan umrah.

Marissa pada September tahun lalu didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain