suria

Kaka Azraff bukan lagi artis Warner Music, kata-kata tidak sopan dalam mesej punca digugurkan

Kaka ditamatkan kontrak oleh syarikat Warner Music Malaysia.

WARNER Music Malaysia mengesahkan penyanyi Kaka Azraff bukan lagi artis naungan syarikat rakaman tersebut.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan Kaka menggunakan perkataan tidak sopan dalam mesej yang dihantar kepada pelakon Australia pro-Israel iaitu Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian," katanya dalam satu kenyataan media kepada mStar pada Rabu.

Kaka 1

Mesej Kaka kepada pelakon Australia pro-Israel, Nithaniel Buzolic.

Kenyataan itu turut menyebut walaupun syarikat berkenaan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara namun jika terdapat artis yang bertindak sedemikian hukuman yang sama bakal diambil.

"Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama kami akan turut membuat keputusan yang sama," ujarnya.

Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff ditamatkan kerana lantang isu Palestin? Netizen serang IG Warner Music

ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat diri didedah gara-gara lantang isu Palestin, Kaka Azraff kekal tenang diserang penyokong Israel ‘koyak’

Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu.

Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

Susulan itu, syarikat rakaman berkenaan menerima kecaman selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini.

Kaka2

Kaka memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Dalam temu bual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan.

Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain