suria

PU Azman kurus sebab rajin hiking, kes amang seksual tak halang terus aktif beri ceramah

Selain aktif bersukan, Azman juga masih meneruskan jemputan ceramah.

PENDAKWAH bebas Pencetus Ummah (PU) Azman masih bergiat aktif memenuhi undangan program ceramah walaupun sedang berdepan pelbagai tuduhan jenayah seksual.

Azman atau Azman Syah Alias, 42, berkata, dia masih menjalani kehidupan seperti biasa termasuk membuat perkongsian berkaitan hal agama di media sosial miliknya.

"Perkembangan terkini seperti biasa... Saya masih menerima jemputan ceramah.

pu azman 333

Azman kerap berkongsi aktiviti harian di media sosial.

"Kebanyakan program ceramah dilakukan di Perak dan saya juga masih buat content di media sosial seperti biasa.

"Dalam situasi seperti ini, saya dah tak fikirkan apa-apa," katanya kepada mStar.

Azman berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes amang seksual melibatkannya di Mahkamah Sesyen Ampang pada pagi Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman dibicara Mei tahun depan, kes amang seksual di Klang pindah ke Mahkamah Sesyen Ampang

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman dituduh kali ke-10, kali ini amang seksual remaja 17 tahun di resort Hulu Langat

Dalam pada itu, Azman memberitahu fizikalnya kelihatan kurus bukan disebabkan tertekan dengan kes dihadapinya tetapi aktif melakukan aktiviti fizikal seperti mendaki bukit dan gunung.

“Selebihnya saya melakukan aktiviti-aktiviti bersifat peribadi seperti hiking... itu yang nampak kurus sikit,” ujarnya.

Pada sebutan kes tersebut, Hakim Norhazani Hamzah menetapkan pertuduhan kes amang seksual melibatkan Azman di Mahkamah Sesyen Klang dibicarakan serentak dengan kes di Mahkamah Sesyen Ampang.

pu azman 1

Azman hadir di Mahkamah Sesyen Ampang pada Rabu.

Mahkamah menetapkan 8, 9, 23, 29 dan 30 Mei 2024 sebagai tarikh perbicaraan.

Untuk rekod, Azman menghadapi 12 pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, empat kes di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang, satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Ampang serta dua kes di Mahkamah Shah Alam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain