suria

Hafidz Roshdi derita gangguan bipolar, sudah 3 tahun terima rawatan

Hafidz menerima rawatan bipolar sejak tiga tahun lalu.

PELAKON Hafidz Roshdi mendedahkan dia menderita penyakit gangguan bipolar dan sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak tiga tahun lalu.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata, selain menerima rawatan dia juga terpaksa mengambil ubat seperti dinasihatkan doktor.

"Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu bipolar sejak tiga tahun lalu.

"Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat selain perlu melakukan pemeriksaan kestabilan hormon... Alhamdulillah kesihatan saya okey sekarang," katanya kepada pemberita.

553

Hafidz menyerahkan kepada mahkamah berhubung dakwaan memukul bekas isterinya pada Mac lalu.

Hafidz mendedahkan perkara itu ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baru pada pagi Rabu bagi perbicaraan atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Dalam pada itu, Hafidz memberitahu masalah kesihatan itu bagaimanapun tidak menganggu urusan harian termasuk kariernya sebagai pelakon.

"Aktiviti seni masih berjalan seperti biasa... Ada tawaran yang masuk tapi kebanyakannya masa pula tidak mengizinkan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi mengaku tak bersalah tumbuk isteri, muncul berpakaian jaket tarik perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi disahkan waras, kes cederakan isteri boleh diteruskan

Sementara itu, bercakap mengenai tuduhan mencederakan bekas isteri, Hafidz menyerahkan sepenuhnya kepada penilaian mahkamah berhubung kes tersebut.

Mahkamah menetapkan 6 dan 7 Februari 2024 sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor.

hafidz1 - 1

Hafidz menjalani kehidupan seperti biasa.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 2 Mac dan Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan apda wajahnya dan menyebabkan parut kekal.

Untuk rekod Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun mereka sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain