suria

Ms Puiyi dan Mark O'Dea sudah berpisah, lebih sesuai sebagai rakan baik

Hubungan cinta antara Mark dan Puiyi berakhir.

PERSONALITI media sosial Mark O'Dea mendedahkan sudah berpisah dengan pelakon Ms Puiyi selepas hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Mark, 32, menjelaskan keputusan berpisah dibuat secara bersama dan faktor peribadi sebagai punca masing-masing memutuskan untuk tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun kata personaliti media sosial asal United Kingdom itu, hubungan mereka masih kekal baik sebagai rakan.

"Kami buat keputusan bersama bahawa perpisahan adalah jalan terbaik buat masa ini disebabkan perbezaan yang tidak dapat diselesaikan.

puiyi2 - 1

Ms Puiyi dan Mark berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam filem Pulau.

"Kami akan terus kekal sebagai kawan baik dan beri sokongan terhadap satu sama lain," katanya.

Mark berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Mark turut mengimbau kenangan perkenalan pertama dengan Ms Puiyi atau Siew Pui Yi, 25, sewaktu sama-sama terlibat dalam filem Pulau.

ARTIKEL BERKAITAN: Model seksi Ms Puiyi dah jadi pelakon filem, suka cuba benda baharu... "Dulu masa kecil cita-cita doktor"

ARTIKEL BERKAITAN: Pulau dapat kutipan RM700,000 di Kemboja, penerbit rancang buat sekual libat pelakon Asia Tenggara

Kata Mark, walaupun mempunyai fahaman dan budaya berbeza namun mereka banyak mencipta memori manis sepanjang bersama.

"Lebih setahun yang lalu kami bertemu di set penggambaran filem di sebuah pulau. Kami menjadi kawan dan beberapa bulan kemudian tanpa diduga perasaan cinta mula timbul.

"Walaupun mempunyai budaya dan nilai yang berbeza, kami banyak mencipta kenangan yang istimewa... Detik perjalanan bermsama ini tidak akan kami lupakan," ujarnya.

puiyi1 - 1

Mark dan Ps Puiyi akan terus kekal sebagai rakan.

Untuk info, Mark dan Puiyi merupakan salah seorang pelakon dalam filem kontroversi Pulau yang turut dibintangi oleh Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Namron, Sabronzo dan Harris Annuar.

Pada Disember tahun lalu, Mark dan Puiyi berkongsi video mereka berada di London untuk meraikan Hari Krismas.

Pasangan itu juga dilihat saling berciuman dan sekali gus memberi gambaran bahawa mereka sedang hangat bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Albertine hilang ditemukan selamat